Islamic Widget

Sunday, March 13, 2011

iktibar dari tsunami

12/3/2011:kita dikejutkan dengan berita mengenai gempa bumi di Jepun berskala 8.9 skala ritcher yang mengakibatkan tsunami setinggi 7 meter.cuba kita imbas kembali sebelum daripada kejadian itu gempa bumi di christchurch,newzealand berukuran 6.9 skala ritcher yang mengobarkan bermilion nyawa tidak lagi habis disusul pula berita mengenai jepun.apakah ini petanda dari Ilahi yang ingin menunujukkkan bahawa hampirnya hari kebangkitan akan berlaku.Sedarlah ya ma'syara muslimin.yang mana kehidupan kita tak akan kekal lama.Bila alam bersuara tak siapa yang mampu menghalang melainkan dengan kudrat yang Maha Esa.Benarlah firman Tuhan didalam kitab suci nya yang teguh memberi panduan walaupun ramai yang hilang pedoman dek kerana duniawi material.Allah telah berfirman didalam surah Ar-rum yang bermaksud "telah jelas kehancuran di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia kerana Allah hendak merasakn mereka perbuatan buruk yang telah dilakukan mereka supaya mereka kembali insaf(bertaubat)"-(41)-.Jelas di dalam ayat ini bahawa tangan manusia sendirilah menjadi sebab-musabab kehancuran di daratan dan lautan yang akhirnya membinasakn mereka sendiri.
Apa yang hendak diperkatakan disini,sedarlah kita bahwa alam yang sedang kita duduki sekarang ini sudah bermiliyar tahun hanya menunggu rebah tersadai.Tatkala Israfil meniupkan sangkakala maka tiada lagi peluang untuk bertaubat dan insaf.Terbukti didalam Al quran menyebut sebagaimana mafhumnya di dala surah As sajadah yang berbunyi"wahai Tuhan kami,kami telah melihat dan kami telah dengar(mengenai azab mu)maka pulangkanlah kami untuk melakukan amal kebajikan sesungguhnya kami telah yaqin".Mudah-mudahan kita bukanlah tergolong dari golongan yang ingkar terhadap firmannya.
Secara ikhtisarnya,ayuhlah kita ambil iktibar dan ibrah dari segenap hal yang berlaku agar kita tergolong dikalangan yang bertaqwa.
Sesungguhnya Allah itu tidak memegang konsep janji hanya janji namun jauh dari sudut tersebut Allah memegang konsep "Bukan Janji Tapi Pasti".Setiap butir janji yang ada di dalam Al-quran itu bukan omongan semata seperti senario yang berlaku di dalam politik negara kita yang banyak omong kosong.Justeru,timbal balik diri kita persiapan menuju ke akhirat.

No comments:

Post a Comment