Islamic Widget

Friday, December 24, 2010

HAKIKAT DUA KALIMAH SYAHADAH

Mengucap dua kalimah syahadah merupakan asas yang pertama apabila hamba itu ingin bergelar dirinya hamba yang muslim.Oleh sebab itu,hendaklah seseorang hamba itu mnegetahui hakikat dua kalimah syahadah.Kemana sahaja kita memandang saam ada wajah Allah(Al-Quran).Kemana sahaja kita ada dengan deria atau khayalan,maka disitu ada wajah Allah.Oleh itu,dalam tiap2 'ain' ada 'ain'(zat Allah) dan semuanya adalah "La ilaha illallah".

Di dalam perkataan dua kalimah syahadah terkandung wujud semestaraya atau wujud secara khusus serta yang wujud atau apa yang di anggap wujud atau wujud hakiki dan wujud makhluk.Wujud makhluk tertakluk kepada "La ilaha illallah" yang bererti bahawa segala-gala kecuali Allah adalah kosong(batil) iaitu dinafikan,bukan di ithbatkan.Wujud hakiki termasuk di "la ilaha " dan semua yang dipuji tertakluk dibawah "illallah".

Semua yang wujud terkandung dalam mengithbatkan Keesaan (La ilaaha illallah)dan anda mestilah memasukkan juga dalam menamakan hamba yang palin mulia(dalam mengatakan Muhammadun rasullullah)

1 comment:

  1. kepada sesiapa yang ingin berkongsi artikel@novel@dakwah@komik islamik dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan agama..

    ReplyDelete